HARI ANUGERAH PELAJAR SRK LOK YUK SIKUATI 2010




Hari Anugerah Pelajar ini adalah aktiviti wajib yang diadakan setiap tahun bagi memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum nya. Dan pada tahun 2010 ini, pencapaian UPSR 2010 untuk pelajar-pelajar SRK Lok Yuk Sikuati telah meningkat dengan begitu tinggi jika dibanding kan daripada pencapaian tahun lepas iaitu 71%. Dua orang pelajar telah mendapat 5A dan 6 orang pelajar telah mendapat 4A 1B. Ini semua adalah hasil penat lelah tanpa jemu guru-guru di sekolah ini untuk mencurahkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar. Selain dari itu, SRK Lok Yuk juga mendapat tempat kedua keseluruhan pencapaian kelulusan UPSR 2010 di daerah Kudat ini. Syabas kepada guru dan pelajar di SRK Lok Yuk Sikuati, Kudat. Semoga ianya berterusan ke tahun-tahun akan datang.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRK LOK YUK SIKUATI 2010



Hari Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada 5 November 2010 hingga 7 November 2010 bertempat di SRK Lok Yuk Sikuati. Persatuan Unit Beruniform yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah dari Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans dan Tunas Puteri dan seramai 65 orang pelajar dari tahap 2 terlibat dalam perkhemahan ini. Guru-guru dari ketua unit beruniform masing-masing juga terlibat dalam menjayakan. Semoga aktiviti perkhemahan unit beruniform ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi mendedahkan kepada pelajarpelajar tentang ilmu perkhemahan yang berguna dan penting bila mereka melangkah ke sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MSSM SRK LOK YUK SIKUATI TAHUN 2010



Kejohanan sukan tahunan SRK Lok Yuk Telah diadakan pada 2 hb November hingga 3 hb November 2010 di padang SMK Sikuati II. Pada Kejohanan tersebut, Tn. Hj. Ismail Bin Tukimin (Pengetua SMK Sikuati II, YDP PIBG SRK Lok Yuk Sikuati) telah dijemput untuk merasmikan kejohanan tersebut. Terdapat 3 rumah sukan yang bertanding bagi kejohanan sukan tersebut iaitu rumah merah, biru dan hijau. Acara balapan telah bermula pada 1 hb November dan 2 hb November 2010. Johan keseluruhan iaitu mengutip 17 pingat emas diperolehi oleh rumah merah, dan tempat kedua iaitu disandang oleh rumah biru dengan mengutip 9 emas dan tempat ketiga pula disandang oleh rumah hijau dengan mengutip 6 pingat emas. Manakala bagi acara perbarisan pula dimenangi oleh kontinjen rumah merah, tempat kedua adalah dari rumah hijau dan tempat ketiga dari rumah biru. Dalam kejohanan tersebut, terdapat ramai atlet-atlet berbakat dan masing-masing menunjukkan prestasi yang baik dalam acara olahraga pada tahun ini....Syabas....kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan yang diadakan setiap tahun ini....

TAKLIMAT MOTIVASI UPSR TAHUN 6 2010



Pada 20.09.2010, SRK Lok Yuk Sikuati telah mengadakan taklimat motivasi UPSR yang bertempat di bilik darjah Tahun 6 iaitu bermula pada jam 8.00 pagi. Antara yang terlibat Guru Besar SRK Lok Yuk Sikuati iaitu En. Thomas Gambisir, wakil lembaga sekolah SRK Lok Yuk Sikuati dan semua guru-guru Tahun 6. Selepas berakhirnya taklimat motivasi UPSR Tahun 6, sesi murid-murid bersalaman dengan guru-guru yang terlibat bagi mendapatkan restu agar segala ilmu yang dicurahkan kepada mereka adalah diberkati. Setelah sesi bersalaman, murid-murid di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu murid Islam dan yang bukan Islam. Bagi murid Islam, mereka mengadakan program membaca Surah Yassin dan doa selamat untuk murid-murid Islam di pusat sumber sekolah manakala murid-murid yang bukan Islam ditempatkan bilik darjah Tahun 6 untuk amalan doa mereka.

Selamat Hari Malaysia 2010

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga SRK Lok Yuk Sikuati.....Terima Kasih Malaysia........... semoga apa yang kita citakan akan terlaksana...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat
Islam di mana jua berada khususnya kepada guru-guru SRK Lok Yuk Sikuati
yang menyambut hari raya aidilfitri. Salam 1 Malaysia

PERUTUSAN GURU BESAR


Salam sejahtera kepada semua warga pendidik khususnya bagi guru-guru di SRK Lok Yuk Sikuati, di mana era global ICT memberi kesan terhadap trend pendidikan pada hari ini kerana P & P dan ICT digabungkan untuk sama-sama memantapkan penyampaian pendidik agar ia lebih professional dan berkesan seiring dengan kepesatan ICT. Oleh itu, saya menyeru kepada warga pendidik agar tidak ketinggalan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran pada  masa kini sebagai alternatif kepada murid-murid bagi mendapatkan penyampaian pembelajaran yang menarik dan berkesan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua warga sekolah SRK Lok Yuk Sikuati khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Sama-sama lah kita menyemarakkan kecintaan kita kepada negara kita.