HARI ANUGERAH PELAJAR SRK LOK YUK SIKUATI 2010




Hari Anugerah Pelajar ini adalah aktiviti wajib yang diadakan setiap tahun bagi memberi anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum nya. Dan pada tahun 2010 ini, pencapaian UPSR 2010 untuk pelajar-pelajar SRK Lok Yuk Sikuati telah meningkat dengan begitu tinggi jika dibanding kan daripada pencapaian tahun lepas iaitu 71%. Dua orang pelajar telah mendapat 5A dan 6 orang pelajar telah mendapat 4A 1B. Ini semua adalah hasil penat lelah tanpa jemu guru-guru di sekolah ini untuk mencurahkan segala ilmu kepada pelajar-pelajar. Selain dari itu, SRK Lok Yuk juga mendapat tempat kedua keseluruhan pencapaian kelulusan UPSR 2010 di daerah Kudat ini. Syabas kepada guru dan pelajar di SRK Lok Yuk Sikuati, Kudat. Semoga ianya berterusan ke tahun-tahun akan datang.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRK LOK YUK SIKUATI 2010



Hari Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada 5 November 2010 hingga 7 November 2010 bertempat di SRK Lok Yuk Sikuati. Persatuan Unit Beruniform yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah dari Persatuan Pengakap, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans dan Tunas Puteri dan seramai 65 orang pelajar dari tahap 2 terlibat dalam perkhemahan ini. Guru-guru dari ketua unit beruniform masing-masing juga terlibat dalam menjayakan. Semoga aktiviti perkhemahan unit beruniform ini akan menjadi aktiviti tahunan bagi mendedahkan kepada pelajarpelajar tentang ilmu perkhemahan yang berguna dan penting bila mereka melangkah ke sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MSSM SRK LOK YUK SIKUATI TAHUN 2010



Kejohanan sukan tahunan SRK Lok Yuk Telah diadakan pada 2 hb November hingga 3 hb November 2010 di padang SMK Sikuati II. Pada Kejohanan tersebut, Tn. Hj. Ismail Bin Tukimin (Pengetua SMK Sikuati II, YDP PIBG SRK Lok Yuk Sikuati) telah dijemput untuk merasmikan kejohanan tersebut. Terdapat 3 rumah sukan yang bertanding bagi kejohanan sukan tersebut iaitu rumah merah, biru dan hijau. Acara balapan telah bermula pada 1 hb November dan 2 hb November 2010. Johan keseluruhan iaitu mengutip 17 pingat emas diperolehi oleh rumah merah, dan tempat kedua iaitu disandang oleh rumah biru dengan mengutip 9 emas dan tempat ketiga pula disandang oleh rumah hijau dengan mengutip 6 pingat emas. Manakala bagi acara perbarisan pula dimenangi oleh kontinjen rumah merah, tempat kedua adalah dari rumah hijau dan tempat ketiga dari rumah biru. Dalam kejohanan tersebut, terdapat ramai atlet-atlet berbakat dan masing-masing menunjukkan prestasi yang baik dalam acara olahraga pada tahun ini....Syabas....kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan yang diadakan setiap tahun ini....